Pages

Tuesday, December 6, 2011

~My NeW LiFe BeGiN~

Annyeong haseyo...

Hai sume...lama aku tak tegur korang kan. Hmm, mianhae.... Aku sendiri sibuk dengan hidup aku... Tapi tak bermaksud aku lupa pada korang... Korang tetap dalam hati aku...

Untuk pengetahuan korang, aku sekarang dah sambung blaja kat UPM... Walaupun kos yang aku amek ni bukan kos yang aku suka, tapi aku ikut jugak... Orang kata, "mana tau kot2 rezeki kau memang kat situ... Ada hikmahnya kalau keluarga larang atau nasihat tu..." So, dengan separuh hati, aku ikutkan juga bila mengenangkan banyak orang yang susah payah sebab aku...

Bila aku dah masuk sini, masa aku untuk menghabiskan novel aku tu memang terhad la... Opps, bukan terhad tapi tahap tak de masa langsung... So, benda tu terbengkalai macam tu je. Untuk aku mulakan balik bila dah lama tinggal sangat lah susah sebab aku kena ambil masa untuk aku review balik apa yang aku tulis, sebab aku sendiri dah lupa jalan ceritanya. ok, now tutup cerita novel... But before that, untuk sape2 yang berminat untuk baca novel aku bertajuk MAAF, AWAK TERLEWAT 30 MINIT, sila tengok kat notes FB aku (Ct Nahya) ok? But please add me first and leave me a message untuk bagitau yang korang dari blog ni...

Belajar kat sini tak sama dengan belajar kat poli. Banyak benda yang aku kena buat sendiri. Kat poli dulu sume lecturer suap, kat sini takkan ada tangan yang nak tolong suap kalau bukan diri sendiri. So, please berubah wahai Cik Ct!!! Duk sini abang2 aku takde la sakit hati lagi sebab takde sape yang akan tukar ke channel KBSW time diorang nak tengok tv. Takde la lagi lagu2 K-POP yang akan berkumandang kat rumah diorang. betapa bahagianya hidup diorang tanpa aku. Hahaha...

Kat sini pulak aku jumpa macam2 jenis kawan. Sama jugak masa aku kat poli. Aku dah boleh kenal serba sedikit, yang mana aku boleh percaya dan yang mana tidak. Setakat ni, ke mana kami pergi kami ber6 atau ber7... Aku, roommate aku Umminadra, Wahidah, Nurin, Farhana, Nadia, Fathi...

Pape pun, thanx kat diorang sebab sudi jadikan budak tue ni sebagai kawan diorang. Hope persahabatan kita akan kekal lama. 

Sampai sini dulu kot... Aku nak belasah printer baru aku tu. Tetiba buat hal pulak. Hahaha... (bersyukurlah, ada juga yang nak bagi...thanx angah).

Sehingga jumpa lagi...

Jalga...

Salam...

사랑해요,
~김치 아가씨~

2 komen budak comel:

Ana Jannah said...

dah kat tempat baru tu...hehehe...:)
anyway...gud luck ok...

bUtAnG bUtT0n said...

hehe...
thanx miss...