Pages

Saturday, May 21, 2011

LeLakI iNI


KELASKU yang bingit menjadi senyap secara tiba-tiba.  Aku yang lazimnya hanyut dalam duniaku sendiri mendongak.  Puan Arrissa, guru tingkatanku masuk ke dalam kelas diikuti seorang budak lelaki yang berwajah seperti mat saleh.
“Pelajar sekalian, saya ada sesuatu yang hendak disampaikan,” kata Puan Arrissa.  Aku tidak peduli tentang perkara yang disampaikan oleh Puan Arrissa.  Mataku tertumpu pada pelajar lelaki itu.  Menarik orangnya.  Rambutnya yang hitam keperangan disikat kemas.  Pakaiannya juga kemas.  Kelihatannya seperti anak orang yang baik-baik.  Seperkara yang aku tahu, dia berpindah ke sekolahku kerana mengikut keluarganya yang berpindah ke sini atas urusan kerja.  Saat terpandangkan senyumannya, tiba-tiba hatiku terdetik.  Lelaki ini seperti pernah aku kenali dahulu.  Siapakah dia?  Mungkinkah dia... Ah... Mungkin hanya pelanduk dua serupa.
                “Daniel, awak boleh duduk sebelah Nastasya,” kata Puan Arrissa sambil menunjuk ke arahku. Kenyataan itu membuatkan aku terkedu dan kembali ke alam nyata. Daniel? Benarkah ini? Adakah ini realiti atau hanya khayalanku semata? Diakah Daniel yang pernah ku kenali dahulu? Mataku mengekori gerak langkahnya hingga dia duduk di sebelahku.  Pelbagai persoalan tentang dirinya yang menyelubungi benakku kini.
                Puan Arrissa meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.  Namun fikiranku bukan pada pelajaran tetapi hanya tertumpu pada pelajar baru di sebelahku ini.  Setelah kelas tamat aku ingin mengambil peluang untuk berbual dengannya.  Namun lidahku kelu untuk berkata-kata lantas hanya memberikan sebuah senyuman sebagai tanda perkenalan.
                Memandangkan ketika itu merupakan waktu rehat, ingin sekali aku mengajaknya ke kantin.  Secara tidak langsung mungkin aku dapat berborak dengannya.  Namun belum sempat aku mengeluarkan sebarang kata, Daniel telah dikerumuni oleh rakan-rakanku yang ingin berkenalan dengannya, terutamanya pelajar perempuan.
                ‘Mentang-mentanglah Daniel ni hensem, semua datang menyemak kat meja aku.  Kalau Daniel ni tak hensem, takdenye diorang nak datang berkenalan macam ni,” detik hatiku lagi.  Lantas aku meninggalkan Daniel bersama teman-temanku dan aku menuju ke kantin untuk mengisi perut.  Tanpa aku sedari Daniel memerhatikan ku.
                Langkahku sudah semakin hampir dengan kantin, tetapi terhenti secara tiba-tiba akibat disergah dari belakang.  Jantungku seakan luruh akibat dari sergahan yang tidak kujangka itu.  Aku menoleh ke belakang apabila suara yang menyergah tadi mulai ketawa.  Mungkin geli hati dengan gelagatku yang terkejut.
                “Tak reti-reti nak beri salam ke?” tanyaku dalam nada marah.
                “Hehehe.. maaf ya.. saya cuma nak bergurau je dengan awak.. jangan la ambik hati pulak..” balas Daniel yang masih lagi ketawa.  Kawan-kawan awak kata awak ni sombong.  Tapi saya tak fikir macam tu.  Saya rasa awak ni pemalu la.. diorang dah kenalkan diri.  Tapi awak belum lagi,” sambungnya sambil tersenyum.
                Sekali lagi aku terpana melihat senyumannya yang mirip benar dengan Daniel yang kukenali dahulu. 
                “Saya Daniel Izzuddin.  Panggil saja saya Daniel, atau kalau awak nak lagi mesra awak boleh panggil saya Judin.  Tapi awak sorang je tau yang boleh panggil saya macam tu. Awak?” kata Daniel seakan tidak mahu mematikan suasana dengan telatahku yang membisu.  Namun panggilan mesranya itu membuatkan aku bertambah yakin bahawa dia adalah Daniel yang pernah kukenali.
                “Saya... sa... saya... Noreen Nastasya.  Pa... panggil saya Tasya,” kataku dalam nada yang rendah.  Suaraku seakan tersekat di kerongkong.
                “Kenapa awak cakap tersangkut-sangkut? Awak gagap ke? Ke awak takut dengan saya? Jangan risau la.. saya tak makan orang.. saya makan nasi.. Comel?” kata Daniel sambil tersenyum indah.
                Aku terkejut, malah benar-benar terkejut. Comel. Nama panggilanku yang hanya dipanggil oleh ahli keluargaku dan juga Daniel yang kukenali dahulu. Bagaimana dia tahu tentang itu?
                “Mana awak tau nama panggilan saya?” aku memberanikan diri untuk bertanya.
                Daniel tersenyum lalu ketawa kecil hingga menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. “Tasya... Tasya... dah lupa pada Judin ke? Ni Judin la.. ingat lagi tak jiran sebelah rumah Tasya yang berpindah ke Singapura enam tahun lalu? Sampai hati Tasya lupakan Judin..” jelas Daniel dalam nada yang seakan merajuk.
                “Jadi awak memang Judin saya yang dulu? Kawan karib saya?” tanyaku untuk kepastian.
                “Iyalah.. siapa lagi, Comel?” jawapan Daniel membuatkan aku terlalu gembira.
Enam tahun terpisah tanpa khabar berita, akhirnya bertemu semula. Sejak itu aku memanggilnya dengan nama Judin. Dan sejak itu tanpa disedari roda kehidupan kami secara senyap berputar semakin laju. Persahabatan antara kami semakin akrab seperti dulu. Di mana ada Judin, di situ pasti ada aku dan begitu juga sebaliknya. Kami sering bercerita tentang kenangan-kenangan lama antara kami. Namun ada yang mencemburui hubungan antara aku dan Judin. Lalu mereka menabur fitnah dengan harapan hubungan kami musnah.
Suatu hari kami dipanggil oleh guru disiplin dan kami sudah sedia maklum tentang perkara yang ingin diperkatakan oleh guru tersebut. “Tasya.. Daniel.. betul ke perkara yang sampai ke telinga saya tu? Saya dah lama dengar. Tapi makin ramai yang memperkatakan tentangnya. Jadi saya rasa saya perlukan penjelasan daripada kamu berdua.”
“Semua tu tak betul cikgu. Kami memang rapat tapi kami masih tau tentang batas-batas kami. Kami takkan buat perkara yang dilarang,” aku membuka mulut.
“Tapi Tasya, Daniel.. kalau takde angin masakan pokok bergoyang..”
“Semua tu fitnah cikgu. Mereka sebenarnya cemburu dengan hubungan kami. Ramai pelajar perempuan yang nak jadi kekasih, adik atau kakak angkat kepada saya. Tapi saya tak nak. Cukup sekadar kawan. Tasya pulak lepas jumpa saya semula lepas kami terpisah selama enam tahun, memang dah rapat dengan saya dari dulu. Mungkin orang pelik tengok dia mudah mesra dengan saya sebab sebelum ni dia agak pendiam hingga orang melabelkannya sombong. Mungkin sebab tu la orang cemburukan kami sampai mereka buat fitnah macam-macam,” Judin menambah untuk mempertahankan kebenaran.
“Betul ke macam tu? Boleh kamu buktikan pada saya yang kamu berdua memang tak bersalah?”
“Kalau cikgu betul-betul tak percaya pada kata-kata kami, cikgu boleh bawa saya pada pakar perubatan untuk tentukan sama ada saya masih suci lagi ataupun tidak. Saya lebih rela berbuat demikian andai kata-kata tidak cukup untuk meyakinkan cikgu bahawa kami tidak bersalah,” jawabku dalam suara yang semakin meninggi. Judin di sebelah hanya mampu menuturkan kata sabar buatku.
“Baiklah.. kalau begitu kata kamu, saya percaya. Dan saya amat berharap agar khabar angin ini tidak menjadi kenyataan. Maafkan saya kalau saya tersilap kata. Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai seorang guru disiplin. Saya harap kamu berdua faham,”jawapan cikgu membuatkan aku sedikit tenang.
“Takpe lah cikgu. Kami faham.. biasalah mulut orang bukan macam mulut tempayan yang boleh kami tutup,” kata Judin membuatkan aku semakin tenang.
Selepas peristiwa itu, kami masih lagi bersahabat seperti dulu. Tiada apa yang dapat menghancurkan persahabatan dan kasih sayang kami. Hanya Tuhan yang mampu berbuat demikian.
Esok aku umurku akan genap 15 tahun. Terasa seperti roda kehidupan semakin pantas berputar dan aku semakin meningkat dewasa.
“Tasya, esok birthday Tasya kan?” pertanyaan Judin itu membuatkan aku rasa terharu. Tidak sangka Judin masih mengingati tarikh kelahiranku.
Aku tersenyum lantas menjawab, “Iya ke? Entah, Tasya pun tak ingat. Mana Judin tau?”
“Tasya... Kita bukan baru kenal semalam kan...” aku tersenyum lagi dengan kata-kata Judin itu.
“Macam ni sebenarnya.. Judin ada sesuatu nak bagi pada Tasya. Istimewa sangat.. jadi Judin ingat nak jumpa Tasya kat tempat biasa esok pukul 11.00 pagi. Lagi pun kelas tuisyen kita kan dibatalkan. Boleh ye, Tasya..” senyuman memang tidak pernah lekang dari bibir merah milik Judin. Lesung pipit di pipinya itulah yang paling gemar kulihat tatkala dia tersenyum.
“Eh, iya ke kelas tuisyen kita dibatalkan? Kenapa Tasya tak tau?” tanyaku kerana aku memang benar-benar tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
“itu lah... lain kali cikgu mengajar kat depan, jangan tidur kat belakang..hehehe..”Judin menggelakkan aku? Ini nak kena ni..
“Aduh.. sakitlah cik kak..” jerit Judin apabila aku mencubit lengannya. Padan muka. Siapa suruh gelakkan aku?
“Ok..ok.. Judin minta maaf ye.. betul kelas esok dibatalkan. Sebab tu lah Judin nak celebrate birthday Tasya..” tambah Judin lagi.
“Ok.. pukul 11.00 kat tempat biasa. Jangan lambat tau. Kalau Judin lambat, even five minutes, Tasya tinggal balik rumah terus dan tak nak keluar dengan Judin lagi,” aku mengingatkan Judin.
“Ok.. jumpa esok.. dah jom kita balik.. tak sabar nak prepare untuk esok ni.. hehehe..” ajak Judin yang masih lagi tersenyum.
Seperti yang telah dijanjikan semalam, aku menunggu Judin di perhentian bas di persimpangan jalan. Sengaja aku datang awal kerana sebenarnya aku sudah tidak sabar untuk mengetahui tujuan sebenar Judin. Keadaan  jalan hari ini agak lengang kerana hari cuti dan mungkin orang ramai lebih gemar berehat di rumah bersama keluarga. Setelah hampir sepuluh minit menunggu, akhirnya Judin sampai juga. Tanpa berlengah lagi aku berlari dan terus berlari ke arahnya di seberang jalan tanpa menoleh ke kiri dan kanan terlebih dahulu. Dan tanpa aku sedari, sebuah kereta meluru ke arahku dengan laju.
“TASYAAAA!!!!!!” jerit Judin. Aku menoleh dan melihat kereta itu. Aku panik. Aku cuba untuk lari tetapi tidak berdaya. Kakiku seolah-olah dipaku di atas jalan raya itu. Tiba-tiba aku dapat merasakan satu tubuh menolakku dengan kuat dan aku tercampak ke tepi jalan. Kemudian aku terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum aku sendiri tidak sedarkan diri.
Aku hanya tersedar apabila sayup-sayup terdengar suara orang membaca surah Yaasin. Kedengaran juga suara esakan kecil ketika itu. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku melihat ibu sedang menangis. Ayah pula berada di sebelah ibu, sedang membaca surah Yaasin. Ayah Judin juga ada. Tapi... di mana Judin? Ayah kata sudah tiga hari aku tidak sedarkan diri kerana kepala ku terhantuk pada batu di tepi jalan.
“Ibu... Judin mana?” tanyaku lemah. Ibu memandangku dengan wajah yang sayu. Pandangan itu mengundang seribu tanda tanya dalam benakku. Pandangan ayahku dan juga ayah Judin semakin mengukuhkan lagi tanda tanya itu.
“Tasya, Judin masih lagi di ICU, sayang..” kata ayah lemah sambil mengusap lembut jemariku. Ayah Judin hanya membisu dan memandangku dengan pandangan yang sayu. Aku tersentak. Benarlah sangkaanku bahawa Judin yang menolak tubuhku dan membiarkan tubuhnya sebagai ganti.
“Tasya nak jumpa Judin,” balasku. Ibu cuba menghalang. Kata ibu aku masih lemah dan perlu banyak berehat. Namun ayahku membenarkan.
Apabila aku disorong memasuki wad tersebut dengan kerusi roda, tubuhku terasa lemah. Judin sudah tidak seperti Judin yang aku kenali dulu. Aku seakan tidak mengenali wajah yang berada di depanku kini. Kini tiada lagi rambut yang tersikat kemas, seolah-olah digantikan dengan kepala yang botak dan dibalut dengan pembalut putih. Tiada lagi wajah yang dulu tampan dan menjadi kegilaan pelajar perempuan. Segalanya seakan hilang. Luka-luka di wajahnya telah menewaskan ketampanannya. Malah Judin juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Tubuhnya berselirat dengan wayar yang disambung pada mesin yang berada di sisinya. Hatiku luruh. Tidak mampu berkata-kata lagi melainkan memanggil namanya sambil menangis.
Tiba-tiba Judin membuka mata. Dia menggenggam erat tanganku. Aku hanya mampu memanggil namanya dan bertanya mengapa dia sanggup berkorban seperti ini untukku? Perasaanku bercampur baur. Aku hanya mampu mengucapkan kata-kata maaf berulang kali diatas kelalaianku. Judin membuka alat bantuan pernafasannya. Aku menghalang namun dia tersenyum dan berkata, “Takpe.. Judin buat semua tu hanya untuk orang yang paling Judin sayang.”
Kemudian Judin memejamkan matanya semula dan kembali tidak sedarkan diri. Aku hanya memandang wajahnya yang tidur semula. Hampir dua minggu Judin koma. Hinggalah pada suatu malam yang agak suram, keadaan Judin menjadi semakin tenat. Judin akhirnya meninggal dunia tanpa sesiapa pun di sisinya. Tanpa aku, tanpa keluarganya.. dia pergi sendirian tanpa sempat mengucapkan sebarang pesanan. Setelah menerima berita tentang kepergian Judin, aku berasa seolah-olah dipanah petir. Gelap sebentar duniaku. Air mataku mencurah-curah seperti hujan lebat yang mengiringi perjalananku ke hospital.
Selepas majlis pengkebumiannya, ibu Judin memberikan sebuah kotak sederhana besar dan sepucuk sampul surat berwarna biru muda. Terdapat kesan-kesan darah pada kotak dan sampul surat tersebut. Ia kelihatan sudah kemek dan renyuk. Aku enggan menerimanya tapi ibu Judin mengatakan bahawa itu merupakan amanat terakhir arwah Judin untuk menyampaikan barang-barang tersebut kepadaku.
Aku menerimanya dengan hati yang berbelah bahagi. Pulang dari majlis pengkebumian, aku mengurungkan diri di dalam bilik tidurku. Aku berasa benar-benar kehilangan. Aku membuka kotak yang baru kuterima tadi. Aku benar-benar terkejut dengan isi kotak tersebut. Seutas rantai tangan yang amat cantik. Dan terdapat huruf ‘T&J’ pada loket di hujung rantai tangan itu. Kemudian aku membuka pula suratnya dan mula membaca.

Tasya,
Selamat Hari Lahir yang ke-15. Semoga Tasya sentiasa gembira dan sihat selalu di bawah lindungan Allah S.W.T.
Judin tak punya hadiah yang berharga untuk Tasya. Tapi rantai tangan ini Judin beli dengan duit Judin sendiri. Judin dah minta persetujuan ibu untuk membelinya. Maklumlah,kita kan masih bawah umur. Hehehe.. Judin sebenarnya sayang pada Tasya kerana hanya Tasya teman Judin dari kita kecil sampai sekarang. Ibu dan ayah tahu tentang perasaan Judin pada Tasya. Sebab tu mereka mahu Judin belajar bersungguh-sungguh.
Hari ni juga Judin nak bagitau Tasya tentang satu perkara yang dah lama Judin rahsiakan. Harap Tasya sabar dengan apa yang akan Judin sampaikan. Sebenarnya Judin menghidap barah otak. Penyakit Judin dah semakin kritikal. Ingat lagi tak, dari kita kecil lagi Judin selalu mengadu sakit kepala? Dan ingat lagi tak sejak akhir-akhir ni Judin selalu tak datang sekolah dan kadang-kadang pengsan dalam kelas? Sebab penyakit tu la.. maaf kerana tak bagitau Tasya lebih awal. Dan maaf juga sebab Judin bagitau Tasya waktu yang sepatutnya Tasya bergembira. Judin Cuma tak nak Tasya sedih dan risau... tapi insyallah semuanya akan ok dan Judin akan makan ubat ikut nasihat doktor ya..
Doakan Judin cepat sembuh...hehehe..

Yang benar,
Daniel Izzuddin


Aku bertambah terkejut apabila membaca surat tersebut. Kolam mataku sudah melimpahkan air yang semakin sukar ku empangkan. Judin mati bukan kerana penyakitnya, tapi kerana aku. Aku yang menyebabkan kematiannya. Dia mati kerana ingin menyelamatkan aku.
Kini genap dua tahun pemergian Judin. Namun rasanya seperti baru semalam kami bergelak ketawa bersama. Kenangan bersama Judin sentiasa segar dalam ingatan. Memori bersama Judin sentiasa bermain di bayangan mataku. Sekarang aku tahu bahawa aku amat menyayangi Judin. Aku akan meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini tanpa kehadiran insan bernama Daniel Izzuddin. Dan aku tahu Judin juga mahukan yang terbaik untukku...



-TAMAT-

p/s : kpd yg suke,thanx alot..kpd yg xsuke,mtk maaf byk2...ni cerpen pertama yang aku tulis time skola dulu...dr cni timbul minat aku untuk menulis...sbnrnye byk lagi yg perlu diperbaiki cz byk sgt yg xlogik dlm cite ni...tp bese la,budak2 yg mengarang, memg mcm 2...ikut kpale sndiri je...sikit pun aku xubah drpd ape yg cikgu aku bg markah dulu... this cerpen dpt 96% ms tu...de mber aku bce smpai menangis2..aku pun pelik knp diorg menangis sdgkn cite die cm tah pe2...hahaha...pe pn,this is my story...so enjoy it kalau korg ase best...n please leave ur comment...(",)

2 komen budak comel:

pRotege oN tHe R0ad said...

simpan lagi k0 cerpen zaman sekolah..aku pnya cerpen entah kemana hilang yer..wakaka..but nice story...

bUtAnG bUtT0n said...

mesti ar simpan dow...kenangan yg mengusik perasaan g2...hahaha....thanx 4 ur comment...kamsahamnida....