Pages

Tuesday, April 17, 2012

~FrOm KoReA tO mALaYsIA~

Annyeong haseyo...

Hai semua yang membaca entry ni. Hehehe. Sihat tak? Hope korang sihat la ye. Aku baru je balik dari kampung sebab minggu lepas cuti seminggu. Waaa, sangat syok bila dapat balik kampung. Tapi bila nak balik kolej balik, sangat la 'rajin'. Hahaha.

Anyway, hari ni aku nak cerita sikit pasal rombongan dari Korea yang datang ke kampung aku lebih kurang 2 or 3 minggu yang lepas.

Kisahnya rombongan dari Korea ni merupakan delegasi GLOBAL PEACE FESTIVAL KOREA yang datang untuk GLOBAL PEACE LEADERSHIP EXCHANGE. 

Ni time kat DATARAN SARANG BUAYA ni...

Rombongan tu ada la dalam 56 orang. Ada yang tua, ada yang muda. Tua pun bukan lah tua sangat, boleh la kalau nak buat calon mak or bapak mertua. Muda pun bukan la budak-budak. Tapi ok la kalau nak dijadikan calon menantu. Hahaha. Gurau je.

Kehadiran delegasi ni disambut oleh tarian kuda kepang dan barongan dari Pt. Bugis. Best tu, lama da aku tak tengok kuda kepang and barongan secara live. Hahaha.

Kuda Kepang...
Barongan...
Aktiviti diorang kat situ ada macam-macam la. Antaranya macam sukaneka. Then ada tanam pokok bunga (untuk ape aku tak pasti). Dalam pukul 2 lebih kurang, peserta delegasi ni dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan dan mereka akan diberikan keluarga angkat. Big Boss dan Mem Bosa tak terkecuali. Dapat la dalam 9 orang gitu. Tapi sebab kereta Big Boss kecik, terpakse la bagi separuh kat kawan die.

Putih kan diorang?
Jeles aku, siap boleh beza ag kulit Mem Bosa dengan unnie sebelah tu...
Hensem. Tengok oppa teringat kat Lee Min Ho la... Hehehe...
Seronok bila kita dapat perkenalkan budaya kita pada rakyat negara lain ni. Tapi tu la, ada satu masalah bila berhadapan dengan delegasi ni. Masalah bahasa. Sebab tak semua antara mereka yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Dan lebih memburukkan keadaan adalah, tak semua orang kampung boleh berbahasa Inggeris.

Tapi dalam bermasalah tu, macam-macam jugak kerenah yang boleh kita jumpa. Yang paling kelakar  tu Mem Bosa la. Anak-anak angkat dia dari Korea ni, bila sampai je kat rumah kitorang terus meluru gi kat pokok bunga kertas yang memang tengah lebat berbunga. Diorang pun tanya la, "Mummy, what is this?" Mem Bosa punya la berselirat urat dalam kepala nak mengingatkan ape orang putih panggil bunga kertas. Last-last yang keluar dari mulut Mem Bosa macam ni, "This is FLOWER PAPER". Adeh, kalau korang ade time tu, mesti korang dok gelak terguling-guling atas tanah. Hahaha. Tapi ok la kan, daripada ada sesetengah family yang tak dapat nak berborak mesra sebab tak pandai nak cakap omputih sepatah haram pun. Huhuhu.

Macam-macam gak la hadiah dan cenderamata yang Mem Bosa and Big Boss dapat sebagai kenangan dari Korea. Ada dapat t-Shirt, gula-gula ginseng, teh ginseng, dan banyak lagi. Aku pulak balik semalam, jadi translator sebab diorang tak paham tulisan Korea. Hahaha.

Ok la, sampai sini dulu.

Jalga...

Salam...

p/s : Kalau aku takde test time tu, confirm aku da bli tiket trus balik kampung sehari sebelum tu. Jeles betul. Tah bila lagi diorang nak datang.

사랑해요, 
~김치 아가씨~

Sunday, April 8, 2012

~BeTaPa PeNgAsiH, pEnYaYanG, dAn AdiLnYa ALLAH itu~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Annyeong haseyo...

Salam sejahtera buat semua pembaca. Entry malam ni bersifat keagamaan sikit. Sorry kalau ada yang tak suka. Aku cuma nak kongsikan sikit kisah yang aku peroleh dari seorang sahabat yang sangat rapat dengan aku. Bukan aku nak buka aib sahabat, cuma aku nak kongsikan kisah ni, untuk sama-sama kita amek ikhtibar dari kisahnya.

Bermula alkisah yang mana sahabat aku ni bukan la seorang yang kaki semayang. I mean, semayang gak la. Just senang cite susah nak tengok la. Nak lagi senang cite, kalau orang kata AMAL MAKRUF NAHI MUNKAR, dia memang suka buat kebaikan. Tapi dalam masa yang sama larangan yang kecil-kecil tu ada jugak yang dia buat. Ala, sama je sume orang pun. Kita pun kadang-kadang tinggal solat kan, sengaja atau tidak.

Bukan dia tak percaya pada balasan Allah S.W.T., bukan dia tak tau, bukan dia tak belajar agama. Cuma semakin dia meningkat dewasa, semakin dia alpa dan lalai dengan nikmat dunia yang hanya sementara. Dia tau, hanya Alla S.W.T. tempat dia mengadu, tempat dia berserah. Tapi bak kata pepatah :

Berdoa tanpa usaha itu BODOH,
Berusaha tanpa doa itu SOMBONG.

Dalam kes sahabat ni, dia bukan SOMBONG, tapi dia dalam kategori BODOH. Berdoa je lebih, usaha zero. Kalau ada pun, adalah dalam 30% kot. Apa yang aku nampak, Allah S.W.T. sentiasa bantu dia walaupun dia masih lagi dengan kelalaian dan kealpaannya. Dari usianya belasan tahun, hingga kini. Tak ada ke rasa keinsafan yang menjalar di dalam urat nadinya? Dalam hati kecilnya? Tiada ke walau sekelumit pun? Pernah aku tanyakan padanya, jawapan yang diberi adalah :

"Ada, tapi aku tak tau dari mana nak mula." 

Kalau anda di tempatnya, apa jawapan anda? Aku sendiri tak tau macam mana nak bantu dia. Tapi apa yang aku boleh kata cuma, sebenarnya semua ni ujian dari Allah S.W.T. buat dia. Aku yakin, satu hari nanti, dia akan benar-benar berubah. menyedari tentang kekuasaan Allah S.W.T. yang tiada tandingan. Dia sebenarnya seorang yang sangat kuat. Aku tau dia sedih walaupun dia akan cuba untuk lindung kesedihannya dengan senyuman. Dia sangat tabah. Cuma mungkin bila dia kembali pada landasan yang benar, dia akan berasa lebih tenang.

Aku tak berani nak bagi nasihat lebih-lebih kat dia, sebab aku sedar yang aku sendiri pun kadang kala tersasar. Aku cuma mampu menasihatinya atas dasar persahabatan. Ya, AKU SAHABAT DIA.

Jangan risau sahabat, aku akan sentiasa ada dengan kau.

Sampai sini dulu...

Jalga...

Assalamualaikum...

사랑해요, 
~김치 아가씨~