Pages

Sunday, March 25, 2012

yAnG kE-10

Annyeong haseyo...

Salam yang ke-10...

Hahaha, aku pun da terikut-ikut cara akak ipar aku greet dalam blog die. Anyway, entry kali ni pendek je. Ye ke pendek? Ntah, aku tak tau sebab aku tak abis tulis lagi. Hahaha...

Aku cume nak cite sikit je. Just nak share betapa happy nye aku dapat anak buah yang ke-10 dalam usia yang belum pun masuk 23 tahun (sebab birthday aku bulan 6). Hahaha...

Yang paling best tu adalah kerana, nama baby baru tu UMMU HANI yang lahir pada 22 Mac 2012. Nama roommate aku pulak UMMINADRA yang lahir pada 21 Mac (sila baca entry sebelum ni untuk maklumat lanjut). Memang kebetulan betul. Allah nak suh aku ingat birthday member aku yang sorang tu la kot, sebab beza birthday diorang ni selang sehari je. Hahaha...

Ni la puteri baru kite, UMMU HANI BINTI MOHD KHAIRUDDIN...
Comelkan Hani? Hehehe... Gambar ni buat aku rasa makin tak sabar nak balik kampung then ajak Big Boss dan Mem Bosa ke Johor untuk tengok Hani. Nasib baik la hari Sabtu 7hb tu En. Shah fasi yang ajar kitorang kompang tu nak buat kelas. Kalau tak, hari Jumaat aku dah selamat sampai kampung da... Hahaha...

To Ummu Hani yang comel,
Selamat datang dalam keluarga kami yang semakin membesar ni. Semoga Hani dapat mengharungi dunia yang serba mencabar. Dan semoga Hani menjadi anak yang solehah, yang sentiasa ingat pada ayah dan mama... Amin...

Maksu sayang Hani dan sepupu-sepupu Hani yang lain. Takde kurang, takde lebih. <3

Ok, sampai sini dulu.

Jalga...

Salam...

p/s : I wish Hani can read this. Takpe, nanti Hani da besar maksu ajar macam mana nak baca blog maksu k... Hahaha... (aku giler yang amat)

사랑해요,  
~김치 아가씨~ 

Thursday, March 22, 2012

SaeNgiL ChuKka HamNidA NaE cHiNgU yA...

annyeong hase yo....

entry malam ni memang special sikit sebab aku tulis khas buat roommate kesayangan aku, UMMINADRA BINTI HARON... saengil chukkahaeyo Ummi... selamat ulang tahun... sanah helwa...dan segala lagi bahasa yang aku tak tau tapi maksudnya tetap serupa...


hahaha...sebenarnya entry ni aku nak tulis dari malam semalam lagi, tapi takut lak kantoi dengan tuan punya badan kan, sebab nak buat surprise kat dia. takut la pulak tak menjadi. hahaha... apa pun, kat sini aku nak bagitau bahawa, BIRTHDAY PRANK.... SUCCEED!!!!! hahahaha...


macam ni ceritanya....


aku start tak bercakap dengan birthday girl ni dari semalam lagi sebenarnya. saja aku nak buat mogok. hahaha. takde la... tapi siyes, dia tanya aku pun, aku jawab sepatah je... kalau tak pun, aku tak jawab, just geleng, angguk, or angkat bahu, dan segala macam bahasa isyarat yang boleh... hahaha...


pergi kelas pun aku buat bodo je ngan dia. lepas abis kelas, aku kata aku nak jumpa abang aku, nurin  dengan nadia pulak kata nak pergi CIMB. padahal sume tu topeng semata. aku dah pening dah bila nurin kata wahida dengan umi nak pergi old flat makan nasi ayam. aku dah la nak beli kek kat old flat tu. kalau dah diorang pun ke situ, macam mana aku nak beli? hahaha...


time aku tengah dok bincang dengan nadia dengan nurin, ummi bagi mesej kat aku, ajak aku pergi makan kat kedai yang diorang gi tu. aku suh gerak dulu. ayat dia mesej aku memang tak leh bla.. siyes aku kata macam orang merajuk... hahaha... then, bila dah beli kek sume, kami terus gerak ke tempat diorang tunggu...


nak dijadikan cerita, rupanya si ummi ni memang betul-betul tak perasan yang kami buat sume ni semata-mata nak buat surprise kat dia... wahidah kata ummi dah nak nangis dah tadi, dok pikir apa salah dia kat aku dengan nurin, sebab kami tak layan dia...


hahaha... kalau ikut plan asal kami nak biar je tak nak wish besday dia selagi belum kul 11.59 malam time 21/3/12 sebelum masuk 22/3/12... tapi kami takde lah kejam sangat kan... kejam sikit je... hahaha... ala, sume ni untuk dia jugak... dan kami tak sangka pulak yang plan yang kami rancang tu menjadi sungguh... alhamdulillah... hehehe...


apa pun, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 UNTUK UMMINADRA HARON. semoga panjang umur, murah rezeki, dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat... amin...


sampai sini dulu...


jalga...


salam...




사랑해요, 
~김치 아가씨~ 

Thursday, March 8, 2012

CeRiTa bArU

Annyeong haseyo...

Hai korang, sorry la ek lama tak post entry. Mianhae... Hahaha, aku cakap macam la aku ni famous. Aku tak famous tapi aku suka makan biskut Famous A mous. Hahaha.

Anyway, dah masuk minggu ketiga aku start semester baru kat sini. Dalam erti kata sebenar, dah nak abis pun minggu ketiga ni. Tau-tau je dua minggu lagi aku dah ada first test da. Huaha, sangat syok lorh.

Hidup aku dalam semester baru ni, alhamdulillah. Semuanya ok. tak ada masalah setakat ni. Hubungan dengan kawan-kawan pun semakin baik, dan hubungan dengan Mr. Love pun sangat baik. Hahaha.

sebenarnya entry kali ni, aku just nak hebahkan pasal novel bersiri aku yang baru. Tajuk, AKU UNTUKMU. Alhamdulillah, dah sampai bab 7 dah. Kalau korang sudi baca, gi ar jenjalan kat FB aku tu. Cari kat notes k. Novel lama da happy ending dah. Dah tak terlewat 30 minit dah. Hahaha.

Aku bagi sedikit sinopsis setakat yang dah post ni k.

Mengisahkan tentang Dhiya Hikmahana yang baru saja kematian tunangannya, Haidar dalam satu kemalangan. Ibu Haidar meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya yang dianggap sebagai pembawa sial. Namun, semangat yang diberikan oleh sahabatnya, Irma Qistina, membawa Dhiya kembali semula ke dunia nyata.

Macam tu la sedikit tentang cerita baru. Untuk maklumat lanjut, dtg la usha-usha kat notes FB aku hekz. Hahaha...

Ok la, sampai sini dulu.

Jalga...

Salam...