Pages

Saturday, June 25, 2011

BiLa BeRpUtUs ASa

annyong hase yo...

hai korang... adakah korang sedang rasa berputus asa dalam sesuatu perkara? rilex beb... setiap masalah mesti ade jalan penyelesaiannya... betul tak? tapi penyelesaian takkan datang bergolek depan bijik mata korang kalau korang sendiri takde usaha untuk mencari...

biasa la kan... dalam hidup kita ni memang kita tak boleh lari dari masalah... orang kata, kalau kita lari dari masalah tu sama jugak macam pengecut... orang kata la... huhuhu...

tapi kadang2 kita dah usaha macam2 dah untuk cari jalan penyeselaian dalam sesuatu masalah. kenapa masih tak jumpa jalan keluar? hmm... dalam hal macam tu, cuba korang wat kajian cikit. manalah tau kot2 korang de tertinggal mana2 part yang penting... huhuhu... ape pun jangan lupe doa pada Allah supaya dipermudahkan untuk menemui jalan penyelesaian...

doa tanpa usaha itu bodoh...
usaha tanpa doa itu sombong...

ape pun jangan sesekali korang putus asa atau selesaikan masalah korang dengan cara mudah... orang kata, guna jalan pintas... kalau jalan pintas yang korang amek tu jalan yang betul tak pe jugak... takut jalan pintas yang korang amek tu, terus ke neraka... da banyak kes macam tu jadi skang ni...maklum la... kita ni umat akhir zaman... huhuhu... takut pulak aku...

anyway... korang pernah dengar lagu miley cyrus - the climb? aku suka gile lagu tu... tiap kali aku rase down, rase macam beratnye dugaan, rase macam nak give up, aku suke dengar lagu ni banyak kali... eceli lirik die amazing la bagi aku... jom kite share same2...



ok la...sampai sini dulu... hari ni je da 2 entry aku updated... huhuhu... terajin lak tetibe an... huhuhu... jaga diri bebaik ye korang2...

jalga...

salam...

p/s : sedang kita enak menikmati sinaran matahari, Allah datangkan awan mendung... kita tertanya2 ke mana hilangnya sang mentari? rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang sangat indah untuk kita hayati dan nikmati serta syukuri... semoga kita kuat dalam menghadapi dugaan yang diberikan... amin...

Friday, June 24, 2011

Because I'm A Fool

annyong hase yo...

kepada para pencinta... huhuhu... kelakar ayat tu... hmmm... ok, today's topic is about "BECAUSE I'M A FOOL"... 

pernah tak korang yang pernah atau sedang bercinta merasakan yang korang macam orang bodoh bila mencintai sesorang? contohnya bila cinta korang memang bukan cinta yang bertepuk sebelah tangan, korang tak kisah ape pun yang couple korang buat, korang leh terima dengan hati yang terbuka. sumenye korang fikir positif... atau mungkin bila cinta korang adalah cinta yang bertepuk sebelah tangan pulak, korang tak kisah pun kalau cinta korang tak berbalas... yang penting korang boleh selalu dengan dia, walaupun si dia tak balas cinta korang... korang akan sentiasa ada bila dia perlukan korang dan sanggup buat ape saja untuk si dia, sampai la si dia bertemu dengan teman hidup... even ada sesetengah orang yang macam ni, still lagi menaruh perasaan walaupun si dia sudah berpunya...

eceli idea ni datang lepas aku tengok cite korea... YOU'RE BEAUTIFUL... yang mana watak yang Jung Yong Hwa bawak dalam drama tu pada aku sangat menarik... die langsung tak putus asa bila wanita yang die cintai tu tak balas cinta dia... dan dia sentiasa ada untuk wanita tu... so sweet kn... huhuhu...

tapi aku suka gile lagu2 OST cite ni tau... best2 sumenye... thats for me la... korang mybe lain... huhuhu...

jalga...

salam...

p/s : best tau cite ni...sape2 yang minat tengok cite korea yang lum tengok cite ni, bek tengok... walaupun cite ni sebenarnya da lama kuar... huhuhu...

Thursday, June 23, 2011

Ip0H mALi...

hai guys...lama xjumpe korang kan...huhuhu...anyway...lepas konvo,buntu seketika ape nak share ngan korang...hmmm... lepas konvo, aku ikut akak ipar aku gi ipoh...tolong jaga anak die time die mesyuarat 3 hari 2 malam kt sane...

kami gerak ke sana naik ETS (Electric Train Services)... huhuhu... syok jugak la...selesa...peramugari pun lawa2... hahaha... macam pelik lak bila aku yang kate gitu... hahaha... tapi ok la neaik ETS drpd naik KTM... ciap ade tandas ag... orang yang pernah naik tau la kot... tp ni pndapat aku je... mybe pd orang len, xbest... huhuhu...

Electric Train Services (ETS)
hmmm... sepanjang aku kt ipoh,kami duk kt Tower Regency Hotel & Apartment... leh tahan la... tp yg bestnye... makan sedap... huhuhu... tak leh lupe lasagna die... peh... huhuhu...

pejam celik,pejam celik, da pun 3 hari 2 malam kat ipoh... so ne balik semula ke bangi... same gak macam datang... balik pun naik ETS sampai KL Sentral... time tunggu tren nak gerak tu, aku terpandang la sorang mamat ni... dr jauh, siyus aku kate, macam artis korea... dress up die sume... aku ni kalau bab2 yg de kaitan ngn korea memang gile jap... hahaha...

korang janagn salah faham lak... aku xde pape perasaan tau kt orang tu, just aku tgk die mcm mane aku tgk korean yg lain... macam aku kate td, sebijik korean la... tp tu dr jauh je...

kebetulan die 1 coach ngn aku,die duk deret sebelah deret aku, belah depan... time 2 aku xperasan pape ag... time dah turun tu baru la aku perasan, bukan la korean... chinese je... hahaha... klon la 2... hahaha...

gitu la ceritanya...

pe pn... yang bestnye, akak ipar aku blanje mkn GCB... syok giler beb... huhuhu...


errkkkk!!! alhamdulillah... hehehe... k la... sampai sini dulu... aku tengah datang idea mencurah2 nak merepek kat dalam kertas... nanti kalau aku ase ok, aku share ngan korang ek...

jalga...

salam....

p/s : jauh perjalanan, luas pemandangan... tapi pemandangan aku takat bilik, lobi hotel, then perjalanan kl - ipoh - kl... huhuhu...

Monday, June 13, 2011

Cerita Kita - Part 2

Sejak Irma mengajaknya untuk bercuti, Dhiya mula berfikir sama ada dia patut untuk pergi atau tidak. Hatinya berat untuk pergi kerana rasa sedih yang masih lagi menghantui dirinya. Namun apabila difikirkan semula, Dhiya sepatutnya berterima kasih kepada Irma kerana sudah pelbagai usaha dilakukan untuk menggembirakan hati Dhiya. Cuma Dhiya saja yang masih lagi melayan kesedihan. Apatah lagi Haidar bakal menjadi suaminya dalam masa tidak sampai sebulan saja lagi.
Bukan dia tidak ingat kata-kata Haidar semasa Haidar masih hidup. Irma juga pernah mengingatkannya tentang kata-kata Haidar itu. Tetapi hatinya masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Haidar. Kuasa Allah ternyata tiada yang dapat menghalangnya.
Dhiya mengetuk pintu bilik Irma lalu masuk ke dalamnya. Irma sedang menghadap cermin sambil menyapu krim malam pada mukanya. Dhiya duduk di sisi katil bersebelahan dengan meja solek tempat Irma sedang duduk.
“Irma.. boleh aku cakap sikit?”
“Hai.. sejak bila pulak kau kena Tanya dulu sebelum kau cakap dengan aku ni Dhiya? Cakap je la.. kenapa? Kau ada masalah ke? Cakap lah.. mungkin aku boleh tolong..”
“Bukan masalah.. tapi pasal percutian yang kau cakap kelmarin tu, masih on lagi ke? Aku dah fikir dah.. Aku rasa aku nak ikut kau lah..”
Wajah Irma berubah ceria. Dalam hatinya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana telah membukakan hati sahabatnya ini untuk keluar dari kesedihan.
“Betul kau nak ikut aku?”
“Betul lah.. kenapa? Kau tak suka ke? Atau pun kau dah tak nak bawak aku?”
“Eh, mestilah aku nak bawak kau. Memang aku ajak kau sorang je. Ok. Esok aku apply cuti.. nanti aku confirm kan balik dengan kau ya..”
Dhiya memberikan sebuah senyuman kepada Irma. Walaupun Dhiya tidak yakin dia boleh menghilangkan kesedihannya dengan mengikut Irma bercuti, namun dia tetap akan cuba. Dhiya bangun dari katil lalu melangkah untuk kembali ke biliknya.
“Dhiya, sekejap.”
“Kenapa Irma?”
“Hmm.. takde pape lah.. gudnite.. sweet dream..
Thanks..


p/s : bersambung...

Sunday, June 12, 2011

Cerita Kita - Part 1

          Dhiya masih lagi duduk termenung memandang langit yang kelam tetapi penuh dengan bintang yang memancarkan cahayanya yang terang. Entah mengapa sejak kejadian itu, dia amat gemar berbuat demikian. Terasa seolah-olah dekat dengan insan yang telah pergi. Saat itu hanya satu wajah yang tergambar di dada langit. Wajah Haidar, bekas tunangannya yang berada di situ. Dhiya amat merindui Haidar. Tingkah lakunya, senyumannya, suaranya, dan bermacam-macam lagi tentang Haidar yang sentiasa menjadi ingatan dan teman kepada hari-hari yang Dhiya lalui. Ternyata hidup seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai ramai kawan sepertinya amat sunyi tanpa haidar yang selama ini ibarat penyeri dalam hidupnya.


          "Dhiya... sudah-sudahlah tu... sampai bila kau nak hidup macam ni? Kesian sikit kat diri kau tu. Cuba kau gembira sikit," tegur Irma di muka pintu. Niat di hati untuk mengambil minuman di dapur terbantut apabila terlihatkan wajah sendu Dhiya di balkoni. Sudah lama dia mengenali Dhiya. Mereka bersekolah di tempat yang sama dan merupakan rakan sekelas. Mereka juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti yang sama walaupun mengambil jurusan yang berbeza.


          Kini mereka di alam pekerjaan dan tinggal menyewa bersama. Sudah seminggu Dhiya berkeadaan sendu begitu. Ini bermakna sudah seminggu juga Dhiya tidak bekerja. Berkali-kali setiausaha ketuanya di pejabat menelefon supaya Dhiya kembali bertugas, namun hatinya masih berkeras untuk terus melayan sendu yang bertamu di kalbu.


          Entahlah... sudah penat mulut Irma memberi nasihat tetapi Dhiya tetap juga begitu. Kali terakhir Irma melihat keadaan Dhiya bermurung adalah sewaktu satu-satunya ibu angkat yang sudah dianggap seperti ibu sendiri meninggal dunia. Ketika itu, mereka sedang menghadapi peperiksaan semester akhir di universiti. Waktu itu Haidar banyak memberikan Dhiya semangat untuk meneruskan kehidupan.


          Kata-kata Haidar masih di ingatan Irma. Kata Haidar, "Orang yang dah pergi tak mungkin hidup balik. Dhiya mesti teruskan kehidupan. Takkan nak bermurung je sampai bila-bila. Tak elok buat macam ni. Sudahlah Dhiya. Ini bukan penghujung kehidupan." Kini keadaan itu berulang kembali. Bezanya cuma Dhiya menangisi pemergian insan lain yang bertapak di hatinya dan insan itu bakal berkongsi kehidupan dengannya dalam masa tidak sampai sebulan. Namun pelamin yang diangankan musnah sebelum sempat didirikan. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Haidar, dan Dia lebih mengetahui akan rencanaNya.


          "Dhiya, kita pergi bercuti nak tak? Mana tau kat sana nanti kau boleh tenangkan fikiran. Jomlah Dhiya... Aku tanggung semua perbelanjaan kita nanti. nak tak?" Irma mengusulkan ideanya yang datang secara tiba-tiba. Namun Dhiya tetap diam seribu bahasa. Kadang kala Irma merasakan seolah-olah dia menghuni rumah tersebut seorang diri. Dhiya hanya akan bercakap jika dia berasa perlu sahaja.


          "Takpe lah Dhiya. Kau fikirkanlah dulu cadangan aku tadi. Aku tak nak paksa kau. Kalau kau setuju bagitau kat aku ye," Irma meninggalkan Dhiya sendirian dan masuk ke biliknya. Di dalam hatinya bertanya, bilalah Dhiya akan kembali ceria seperti dahulu?


p/s : bersambung...

Friday, June 10, 2011

BiARkAN aKu MenANGiS

annyong hase yo...



malam yang sepi ni, bila semua orang da tido kecuali orang2 yang suke sangat berjaga malam, walaupun aku tak tau pe yang diorang buat... tapi saat ni aku rasa betul2 sedih... sedih sangat2... kadang2 aku terfikir, kenapa aku perlu lalui semua ni? berat benar ujian Tuhan buat aku... kenapa? tapi saat tu hati akan disedapkan oleh minda bahawa, "Tuhan bagi kau dugaan macam ni sebab Dia sayangkan kau... dan sebab Dia tau yang kau mampu lalui semua ni..."

betul ke? entah lah... kadang2 aku terfikir untuk ambil jalan singkat... tapi buat ape aku nak tambah dosa, sedangkan dosa yang dah tersedia tergalas di bahu pun belum tentu diampunkan... tapi saat tu hati akan disedapkan oleh minda bahawa, "Tuhan tu Maha Pengampun... bertaubatlah sebelum terlambat..."

betul ke? bila fikir2 balik, aku ni kuat ke nak hadapi semua ni? entah lah... mungkin... kalau aku tak cukup kuat, korang2 semua takkan jumpa aku lagi... kalau aku tak cukup kuat, mungkin dah lama family aku hantar aku ke hospital mental akibat tekanan perasaan... serius... kadang2 aku tertekan dengan ape yang jadi dalam hidup aku...



orang tengok aku tersenyum, orang tengok aku ketawa... tapi takde sape nampak hati aku yang menangis sebab luka parah... aku pernah cakap kat seseorang, "hati saya dah koyak rabak... kalau tak cepat2 sapu ubat atau jahit, nanti kena infection, susah..."


aku menulis bukan sebab nak mintak belas kasihan dari sesape... jauh sekali aku nak cari publisiti murahan... macam yang aku pernah kate, kalau korang tak suka dengan tulisan aku, sila lah tinggalkan blog aku ni... this is the place for me to express my feeling...

kadang2 aku rasa macam aku tak nak menangis lagi... aku dah penat menangis... tapi tak boleh... bila masuk je bab2 tertentu yang betul2 mengguris perasaan aku, airmata tu mengalir tanpa aku paksa... aku tak mintak semua ni jadi dalam hidup aku... aku tak mintak... semua ni perit untuk aku lalui... macam aku kate tadi... orang tengok aku happy, tapi dalam hati aku takde sape tau aku menangis... korang faham tak perasaan aku?


selalu lepas solat, lepas mengaji, aku doa pada Dia... berikan aku kekuatan untuk aku hadapi semua ni... tapi ramai orang cakap dan aku sendiri percaya... doa je tak cukup kalau kita tak usaha... jadi aku usahakan sehabis boleh... tapi mungkin usaha aku belum cukup kuat... sebab tu aku masih lagi macam ni... entah lah...

malam ni aku nak menangis sepuas2nya... ni je cara untuk aku rawat hati aku bila dah luka parah macam ni... ubat lain semua tak berkesan... semoga lepas ni aku tak perlu menangis lagi... semoga bila buka mata esok, semuanya akan kembali seperti yang aku harapkan...


jalga...

salam...

p/s : Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku, ibu bapaku, dan orang2 di sekelilingku... tabahkanlah hatiku dalam menghadapi dugaanMu ini... sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yang sangat lemah...

sebelum aku tutup mata malam ni, aku maafkan semua kesalahan sesiapa saja terhadap aku... dan aku harap sesiapa yang telah aku buat silap padanya juga maafkan aku... dan aku jugak tak simpan dendam pada sesiapa...

Friday, June 3, 2011

SaEnGIL cHuKKA HAmNiDA TO mE

annyong hase yo...

saengil chukka hamnida aku ucapkan pada aku sendiri... hahaha... walaupun da lewat... tapi disebabkan aku baru je dapat on9, xpe kot... saengil chukka juga kepada anak buah aku, HAZREEL HAZIMI HISYAMUDDIN yang sambut besday saing ngan aku... walaupun kami berbeza umur selama 12 tahun... hehehe...

thanx kepada member2 yang wish my besday... sorry cz xdapat nak reply sorang2... ramai sangat... hehehe...

aku da besar... so aku xdapat hadiah dari sape2 pun... ade xyang bermurah hati nak bagi aku hadiah?? hehehe... tapi yang best nye sebab kami sambut besday sehari lebih awal... 31hb da celebrate... hahaha... yang kelakarnye sebab kek besday aku ade padang bola kat ats die... tau kenapa?? sebab tumpang kek si hazreel... hahaha... xpe la... ade jugak yang sudi nak berkongsi ngan aku... hahahha...

ok la... hazreel da merengek nk on9 pulak... bermakne aku da ne off9le ni... hahaha... ok...

jalga...

salam...

p/s : thanx kepada sume yang wish... yang xwish, aku anggap korang bz... ehehehe...