Pages

Sunday, January 27, 2013

Misteri Yang Misteri


Assalamualaikum....

Annyeong hase yo............

Lama betul aku tak update kan. Sorry ye. Maklum la, orang 'penting' macam aku memang selalu busy. Wakaka... Tak de la, aku sem ni memang macam orang gila sikit. Aku sendiri tak pasti ape yang buat aku busy. Hahaha.

Ok, tanpa membuang masa, jom kita tengok apa cerita ada kali ni. Misteri Kampung Pisang? Adakah ia berkaitan dengan cerita Zombi Kampung Pisang? Atau cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah? Atau mungkin cerita terbaru Husin, Mon, dan Jin Pakai Toncit? Hahaha, sume tak betul, sebab kejadian ni berlaku di sebuah kampung, di satu negeri di selatan tanah air. Iaitu kampung aku sendiri.

Aku ingatkan korang, ini kisah benar, bukan rekaan semata-mata.

Aku baru je balik dari Kolumpor, sebab abang aku buat kenduri. So sebagai seorang adik yang baik, aku pun membantu la mana yang patut (bangga betul walaupun tak aku lebih banyak mengular). Ok, sambung cerita. Mak ajak aku tengok nyaie, maklum lah, sejak akhir-akhir ni nyaie memang da selalu sangat tak sihat. Baru duduk sekejap, mak dapat call dari abah mengatakan ada seorang jiran kampung kami meninggal dunia. Namanya aku rahsiakan. Hehehe. Mak pulak bila dah abah kata macam tu, mak terus cadang nak balik. Tapi kami batalkan niat kami sebab Pak Uteh paru je sampai.

Lepas tu, tengah kami berborak-borak dengan Pak Uteh, sekali lagi abah call mak. Abah kata macik tu dah meninggal empat hari yang lepas dalam bilik air. Mak pun apa lagi. Terkejut gila la kan. Tapi terkejut tu je yang gila ok. Hehe. Ok, potong betul la. Baru nak suspen-suspen kan. Sambung.

Kami terus balik, singgah di tempat kejadian. tengok orang dah ramai dan ada trak polis. Baru kami teringat, masa kami dalam perjalanan nak ke rumah nyaie tadi, memang ada polis masuk ke laman rumah macik tu. Mak dah cakap dah, "Kalau nampak polis macam ni mak mula la rasa tak sedap hati. Mesti ada berita tak baik ni." Aku pulak nak sedapkan hati mak, aku kata la polis tu saje je kot buat rondaan.

Kami terus masuk mengikut beberapa orang lagi jiran ke dalam rumah macik tu. Ramai yang duduk dekat dengan pintu masuk, termasuk seorang anak perempuan macik tu yang baru je beberapa hari melahirkan anak. Masa masuk tu aku tak bau apa-apa pun. Biasa je. Mak pulak tengok ada kawan dia berdiri dekat dengan pintu dapur, mak pun terus je pergi dekat dengan kawan mak tu. Aku pulak ikut je mak tanpa fikir apa-apa. Makin dekat aku dengan pintu dapur tu, makin kuat bau yang semacam je. Lain, tak macam bau bangkai kucing atau bau sampah yang macam selalu aku bau. Lain sangat-sangat.

Aku nampak beberapa orang yang ada dekat dengan bilik air tu ada yang menutup mulut dan hidung. Rupanya mayat macik tu ada dalam bilik air. Aku macam tak percaya yang kejadian tu jadi dalam kampung aku sendiri. Nak-nak pulak pada macik tu, yang satu kampung tau macik ni sangat baik orangnya. Mak nak pergi tengok lebih dekat tapi pihak polis tak benarkan sebab mayatnya dah mula reput. Sebab tu berbau. Anak-anak pun tak dibenarkan membantu sebab dah jadi kes polis. Jadi kami semua termasuk anak-anak macik tu Cuma boleh jadi pemerhati je.

Aku mula rasa pening dan loya dengan bau tu, jadi aku duduk dekat dengan anak perempuan macik tu. Bukan aku tak nak tutup hidung, tapi aku tak sampai hati sebab waris macik tu ada kat situ. Dan aku terfikir, kalau bau sampah yang busuk tu aku boleh tahan untuk hormat pada orang yang angkat dan naik lori sampah, kenapa aku tak boleh tahan bau ni untuk hormat pada si waris? Bukan aku nak bangga diri, tapi selagi aku boleh tahan, aku akan cuba tahan.

Tak lama lepas aku duduk, seorang anggota polis bertanyakan tali kepada anak-anak macik tu untuk ikat plastik hitam yang diorang letak mayat tu. Lepas tu, dua orang polis usung stretcher dan bawak mayat tu keluar ikut pintu belakang dan terus masuk ke dalam trak polis. Anak perempuan macik tu ternampak masa polis usung mayat mak dia, terus dia tutup mata sambil istighfar banyak-banyak dalam tangis. Ye la, aku faham perasaan dia. Dia baru je tengok mak dia seminggu lepas, tau-tau je dapat berita mak dia pergi dalam keadaan macam tu. Kalau aku di tempat dia pun aku sedih yang amat.

Lepas polis bawa mayat tu, beberapa orang kampong bertanya pada anak perempuan macik tu, apa sebenarnya yang jadi? Begini ceritanya.......

“Seminggu lepas masa baru lepas bersalin saya balik sini. Saya ada cadang kat mak untuk betulkan rumah yang belakang ni. Sebab da mula retak sana-sini. Mak setuju, dan mak suruh saya keluarkan duit dari bank untuk tujuan betulkan rumah. Hari khamis lepas, suami saya bawa kawan dia datang sini untuk tengok-tengok yang mana yang patut dibetulkan. Lepas tu hari tu jugak dia balik. Tu je yang saya tahu. Abang Ngah kata, hari Ahad dia ada datang sini. Rumah berkunci dan mak tak jawab salam walaupun basikal mak ada kat luar tu. Jadi Abang Ngah fikir, mungkin mak pergi surau tumpang jiran sebelah macam selalu agaknya.”

Ni pulak cerita jiran sebelah rumah......

“Aku tak ada dekat rumah dari pagi Sabtu, jadi aku tak pergi surau. Hari Ahad aku balik tapi aku ingatkan arwah ikut anak-anak dia.”

Apa yang membawa kepada penemuan macik tu?

“Pagi tadi (Selasa) Abang Long datang nak bagi mak lauk. Bagi salam banyak kali tapi mak tak jawab. Telefon pun mak tak jawab. Abang Long terpandang pintu yang bukan berkunci dari luar, tapi dari dalam. Bermakna mak ada kat dalam. Cuba panggil lagi tapi mak tetap tak jawab. Jadi Abang Long buat keputusan untuk masuk dari tingkap dapur (tingkap kayu). Bukak je tingkap, tengok lampu terpasang. Abang Long cuba panggil lagi mak tetap tak jawab. Abang long cari satu rumah tak ada. Tergerak untuk cari mak kat dapur, sampai kat depan pintu dapur ada bau yang kurang menyenangkan. Dia ikut je bau tu sampai ke bilik air. Kat situ la Abang Long jumpa mak terbaring dalam keadaan yang dah mula reput.”

Apa yang membuatkan kami percaya macik tu dah meninggal empat hari lepas?

Sebab baju yang dipakai masa mayatnya dijumpai, adalah baju yang sama yang dipakai pada petang Sabtu masa dia cabut rumput kat depan rumah.

Mungkin ini yang terjadi. Ini kemungkinan. Aku pun tak tahu hal sebenar. Bukan aku je, tapi tak ada siapa yang tau.

Lepas macik tu cabut rumput kat laman rumah dia, dia masuk dalam untuk cuci tangan dan mandi. Lepas dia kunci pintu, dia hidupkan lampu dan terus ke bilik air. Tapi dia tergelincir. Dan mungkin terhatuk yang menyebabkan dia tak sedarkan diri. Kalau ada yang membantu saat tu, mungkin macik tu masih boleh diselamatkan.

Tapi ye la, kuasa Allah siapa yang boleh lawan. Anak-anak pun tak tergerak hati nak call mak diorang dalam masa empat hari tu. Masa anak dia datang hari Ahad tu pun, tak terfikir yang pintu berkunci dari dalam dan bukan dari luar. Anak-anak fikir dia pergi belajar agama dengan jiran. Jiran pulak fikir dia ikut anak-anak dia.

Jadi sebagai satu pedoman dan pengajaran, jaga mak dan ayah kita walaupun kita dah berkahwin dan dah ada keluarga sendiri. Sakit pening dia kita kena jaga. Jangan dibiarkan mak atau ayah kita tinggal sendiri bila salah seorang dari mereka sudah tiada. Kalau apa-apa terjadi, nanti kita jugak yang menyesal.

Sayangi ibu bapa anda macam mana mereka kasihkan anda dari anda kecil hingga anda dewasa. Apalah sangat nak jaga mak ayah kita tu kalau nak dibandingkan dengan jasa mereka menjaga kita dan adik beradik kita dulu.

Jadikan ini sebagai pengajaran.

Sampai sini dulu. Jalga. Annyeong.....

Salam...