Pages

Monday, June 13, 2011

Cerita Kita - Part 2

Sejak Irma mengajaknya untuk bercuti, Dhiya mula berfikir sama ada dia patut untuk pergi atau tidak. Hatinya berat untuk pergi kerana rasa sedih yang masih lagi menghantui dirinya. Namun apabila difikirkan semula, Dhiya sepatutnya berterima kasih kepada Irma kerana sudah pelbagai usaha dilakukan untuk menggembirakan hati Dhiya. Cuma Dhiya saja yang masih lagi melayan kesedihan. Apatah lagi Haidar bakal menjadi suaminya dalam masa tidak sampai sebulan saja lagi.
Bukan dia tidak ingat kata-kata Haidar semasa Haidar masih hidup. Irma juga pernah mengingatkannya tentang kata-kata Haidar itu. Tetapi hatinya masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Haidar. Kuasa Allah ternyata tiada yang dapat menghalangnya.
Dhiya mengetuk pintu bilik Irma lalu masuk ke dalamnya. Irma sedang menghadap cermin sambil menyapu krim malam pada mukanya. Dhiya duduk di sisi katil bersebelahan dengan meja solek tempat Irma sedang duduk.
“Irma.. boleh aku cakap sikit?”
“Hai.. sejak bila pulak kau kena Tanya dulu sebelum kau cakap dengan aku ni Dhiya? Cakap je la.. kenapa? Kau ada masalah ke? Cakap lah.. mungkin aku boleh tolong..”
“Bukan masalah.. tapi pasal percutian yang kau cakap kelmarin tu, masih on lagi ke? Aku dah fikir dah.. Aku rasa aku nak ikut kau lah..”
Wajah Irma berubah ceria. Dalam hatinya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana telah membukakan hati sahabatnya ini untuk keluar dari kesedihan.
“Betul kau nak ikut aku?”
“Betul lah.. kenapa? Kau tak suka ke? Atau pun kau dah tak nak bawak aku?”
“Eh, mestilah aku nak bawak kau. Memang aku ajak kau sorang je. Ok. Esok aku apply cuti.. nanti aku confirm kan balik dengan kau ya..”
Dhiya memberikan sebuah senyuman kepada Irma. Walaupun Dhiya tidak yakin dia boleh menghilangkan kesedihannya dengan mengikut Irma bercuti, namun dia tetap akan cuba. Dhiya bangun dari katil lalu melangkah untuk kembali ke biliknya.
“Dhiya, sekejap.”
“Kenapa Irma?”
“Hmm.. takde pape lah.. gudnite.. sweet dream..
Thanks..


p/s : bersambung...

0 komen budak comel: