Pages

Thursday, March 22, 2012

SaeNgiL ChuKka HamNidA NaE cHiNgU yA...

annyeong hase yo....

entry malam ni memang special sikit sebab aku tulis khas buat roommate kesayangan aku, UMMINADRA BINTI HARON... saengil chukkahaeyo Ummi... selamat ulang tahun... sanah helwa...dan segala lagi bahasa yang aku tak tau tapi maksudnya tetap serupa...


hahaha...sebenarnya entry ni aku nak tulis dari malam semalam lagi, tapi takut lak kantoi dengan tuan punya badan kan, sebab nak buat surprise kat dia. takut la pulak tak menjadi. hahaha... apa pun, kat sini aku nak bagitau bahawa, BIRTHDAY PRANK.... SUCCEED!!!!! hahahaha...


macam ni ceritanya....


aku start tak bercakap dengan birthday girl ni dari semalam lagi sebenarnya. saja aku nak buat mogok. hahaha. takde la... tapi siyes, dia tanya aku pun, aku jawab sepatah je... kalau tak pun, aku tak jawab, just geleng, angguk, or angkat bahu, dan segala macam bahasa isyarat yang boleh... hahaha...


pergi kelas pun aku buat bodo je ngan dia. lepas abis kelas, aku kata aku nak jumpa abang aku, nurin  dengan nadia pulak kata nak pergi CIMB. padahal sume tu topeng semata. aku dah pening dah bila nurin kata wahida dengan umi nak pergi old flat makan nasi ayam. aku dah la nak beli kek kat old flat tu. kalau dah diorang pun ke situ, macam mana aku nak beli? hahaha...


time aku tengah dok bincang dengan nadia dengan nurin, ummi bagi mesej kat aku, ajak aku pergi makan kat kedai yang diorang gi tu. aku suh gerak dulu. ayat dia mesej aku memang tak leh bla.. siyes aku kata macam orang merajuk... hahaha... then, bila dah beli kek sume, kami terus gerak ke tempat diorang tunggu...


nak dijadikan cerita, rupanya si ummi ni memang betul-betul tak perasan yang kami buat sume ni semata-mata nak buat surprise kat dia... wahidah kata ummi dah nak nangis dah tadi, dok pikir apa salah dia kat aku dengan nurin, sebab kami tak layan dia...


hahaha... kalau ikut plan asal kami nak biar je tak nak wish besday dia selagi belum kul 11.59 malam time 21/3/12 sebelum masuk 22/3/12... tapi kami takde lah kejam sangat kan... kejam sikit je... hahaha... ala, sume ni untuk dia jugak... dan kami tak sangka pulak yang plan yang kami rancang tu menjadi sungguh... alhamdulillah... hehehe...


apa pun, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 UNTUK UMMINADRA HARON. semoga panjang umur, murah rezeki, dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat... amin...


sampai sini dulu...


jalga...


salam...




사랑해요, 
~김치 아가씨~ 

0 komen budak comel: