Pages

Sunday, March 25, 2012

yAnG kE-10

Annyeong haseyo...

Salam yang ke-10...

Hahaha, aku pun da terikut-ikut cara akak ipar aku greet dalam blog die. Anyway, entry kali ni pendek je. Ye ke pendek? Ntah, aku tak tau sebab aku tak abis tulis lagi. Hahaha...

Aku cume nak cite sikit je. Just nak share betapa happy nye aku dapat anak buah yang ke-10 dalam usia yang belum pun masuk 23 tahun (sebab birthday aku bulan 6). Hahaha...

Yang paling best tu adalah kerana, nama baby baru tu UMMU HANI yang lahir pada 22 Mac 2012. Nama roommate aku pulak UMMINADRA yang lahir pada 21 Mac (sila baca entry sebelum ni untuk maklumat lanjut). Memang kebetulan betul. Allah nak suh aku ingat birthday member aku yang sorang tu la kot, sebab beza birthday diorang ni selang sehari je. Hahaha...

Ni la puteri baru kite, UMMU HANI BINTI MOHD KHAIRUDDIN...
Comelkan Hani? Hehehe... Gambar ni buat aku rasa makin tak sabar nak balik kampung then ajak Big Boss dan Mem Bosa ke Johor untuk tengok Hani. Nasib baik la hari Sabtu 7hb tu En. Shah fasi yang ajar kitorang kompang tu nak buat kelas. Kalau tak, hari Jumaat aku dah selamat sampai kampung da... Hahaha...

To Ummu Hani yang comel,
Selamat datang dalam keluarga kami yang semakin membesar ni. Semoga Hani dapat mengharungi dunia yang serba mencabar. Dan semoga Hani menjadi anak yang solehah, yang sentiasa ingat pada ayah dan mama... Amin...

Maksu sayang Hani dan sepupu-sepupu Hani yang lain. Takde kurang, takde lebih. <3

Ok, sampai sini dulu.

Jalga...

Salam...

p/s : I wish Hani can read this. Takpe, nanti Hani da besar maksu ajar macam mana nak baca blog maksu k... Hahaha... (aku giler yang amat)

사랑해요,  
~김치 아가씨~ 

Thursday, March 22, 2012

SaeNgiL ChuKka HamNidA NaE cHiNgU yA...

annyeong hase yo....

entry malam ni memang special sikit sebab aku tulis khas buat roommate kesayangan aku, UMMINADRA BINTI HARON... saengil chukkahaeyo Ummi... selamat ulang tahun... sanah helwa...dan segala lagi bahasa yang aku tak tau tapi maksudnya tetap serupa...


hahaha...sebenarnya entry ni aku nak tulis dari malam semalam lagi, tapi takut lak kantoi dengan tuan punya badan kan, sebab nak buat surprise kat dia. takut la pulak tak menjadi. hahaha... apa pun, kat sini aku nak bagitau bahawa, BIRTHDAY PRANK.... SUCCEED!!!!! hahahaha...


macam ni ceritanya....


aku start tak bercakap dengan birthday girl ni dari semalam lagi sebenarnya. saja aku nak buat mogok. hahaha. takde la... tapi siyes, dia tanya aku pun, aku jawab sepatah je... kalau tak pun, aku tak jawab, just geleng, angguk, or angkat bahu, dan segala macam bahasa isyarat yang boleh... hahaha...


pergi kelas pun aku buat bodo je ngan dia. lepas abis kelas, aku kata aku nak jumpa abang aku, nurin  dengan nadia pulak kata nak pergi CIMB. padahal sume tu topeng semata. aku dah pening dah bila nurin kata wahida dengan umi nak pergi old flat makan nasi ayam. aku dah la nak beli kek kat old flat tu. kalau dah diorang pun ke situ, macam mana aku nak beli? hahaha...


time aku tengah dok bincang dengan nadia dengan nurin, ummi bagi mesej kat aku, ajak aku pergi makan kat kedai yang diorang gi tu. aku suh gerak dulu. ayat dia mesej aku memang tak leh bla.. siyes aku kata macam orang merajuk... hahaha... then, bila dah beli kek sume, kami terus gerak ke tempat diorang tunggu...


nak dijadikan cerita, rupanya si ummi ni memang betul-betul tak perasan yang kami buat sume ni semata-mata nak buat surprise kat dia... wahidah kata ummi dah nak nangis dah tadi, dok pikir apa salah dia kat aku dengan nurin, sebab kami tak layan dia...


hahaha... kalau ikut plan asal kami nak biar je tak nak wish besday dia selagi belum kul 11.59 malam time 21/3/12 sebelum masuk 22/3/12... tapi kami takde lah kejam sangat kan... kejam sikit je... hahaha... ala, sume ni untuk dia jugak... dan kami tak sangka pulak yang plan yang kami rancang tu menjadi sungguh... alhamdulillah... hehehe...


apa pun, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 UNTUK UMMINADRA HARON. semoga panjang umur, murah rezeki, dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat... amin...


sampai sini dulu...


jalga...


salam...




사랑해요, 
~김치 아가씨~ 

Thursday, March 8, 2012

CeRiTa bArU

Annyeong haseyo...

Hai korang, sorry la ek lama tak post entry. Mianhae... Hahaha, aku cakap macam la aku ni famous. Aku tak famous tapi aku suka makan biskut Famous A mous. Hahaha.

Anyway, dah masuk minggu ketiga aku start semester baru kat sini. Dalam erti kata sebenar, dah nak abis pun minggu ketiga ni. Tau-tau je dua minggu lagi aku dah ada first test da. Huaha, sangat syok lorh.

Hidup aku dalam semester baru ni, alhamdulillah. Semuanya ok. tak ada masalah setakat ni. Hubungan dengan kawan-kawan pun semakin baik, dan hubungan dengan Mr. Love pun sangat baik. Hahaha.

sebenarnya entry kali ni, aku just nak hebahkan pasal novel bersiri aku yang baru. Tajuk, AKU UNTUKMU. Alhamdulillah, dah sampai bab 7 dah. Kalau korang sudi baca, gi ar jenjalan kat FB aku tu. Cari kat notes k. Novel lama da happy ending dah. Dah tak terlewat 30 minit dah. Hahaha.

Aku bagi sedikit sinopsis setakat yang dah post ni k.

Mengisahkan tentang Dhiya Hikmahana yang baru saja kematian tunangannya, Haidar dalam satu kemalangan. Ibu Haidar meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya yang dianggap sebagai pembawa sial. Namun, semangat yang diberikan oleh sahabatnya, Irma Qistina, membawa Dhiya kembali semula ke dunia nyata.

Macam tu la sedikit tentang cerita baru. Untuk maklumat lanjut, dtg la usha-usha kat notes FB aku hekz. Hahaha...

Ok la, sampai sini dulu.

Jalga...

Salam...

Saturday, December 31, 2011

WhAt HaPpEn To Me?

Annyeong haseyo...

Hai semua, sihat tak? Aku baru balik dari kampung, tak sempat nak update. Lagipun tak ada apa yang aku nak share. Just pasal sepupu aku Ellyana, bertunang dah dia. Aku masih lagi meneruskan hidup macam biasa walaupun telinga ni agak pedih dengar Mem Bosa bagi amaran.

Kepada Encik Mohd Haniff telah aku sampaikan amaran2 Mem Bosa. Biar dia tau, biar dia bersiap sedia. Dan telah aku tanyakan padanya tentang kesanggupannya untuk menunggu aku. Jawapannya mudah saja, "Ya, saya sanggup tunggu awak." So, 시간이 모든걸 결정하게 했지 (sigan-i modeungeol gyeoljeonghage haessji) (Let the time decide everything). Itu je yang mampu aku katakan. Sebab masa yang perlu dia tunggu bukan setahun dua, tapi aku sendiri tak tahu jangkamasanya. Yang aku boleh kata, sangat panjang.

Apa aku boleh buat? Aku satu2nya anak perempuan. Apa daya aku nak membangkang? Dan bukan aku kalau membangkang apa yang telah ditentukan oleh keluarga. Kalau dengan orang lain, ya... Aku lah kaki bangkang, but not when I'm with my family. Dan itu adalah aku. Aku tak tahu bila aku akan berubah. Patutkah aku berubah? Entah.

Tak apa, aku selalu fikir "Aku masih muda. Apa salahnya kalau aku habiskan belajar dulu. Buat apa aku nak terkejar2. Kawin bukan urusan main2. Dan aku belum cukup bersedia untuk semua tu." Ya, aku memang cemburu bila ada yang sebaya aku atau yang lebih muda dari aku, dah mula mendirikan masjid, tapi itu jodoh mereka. Perjalanan aku masih panjang.

Mood malam ni, hmm. ENTAH.

Ada orang gembira sebab tak lama lagi nak masuk tahun baru. Aku tak tau kenapa dari semalam, lirik lagu QUASIMODO melekat dalam kepala ni. Memang lagu tu tak ada kena mengena dengan aku. Cuma, aku tak tau apa yang aku tengah fikir sekarang ni. Nak kata kusut, apa yang nak dikusutkan?

ENTAH...

Sudah lah. Cukup2 lah tu. Apa pun, untuk tahun baru ni, nak kata berazam tu tidak lah. Cuma aku harap, Allah kuatkan hati aku untuk menghadapi dugaan yang lebih besar. Dan semoga semua orang yang aku sayang dan ada disekeliling aku, atau mungkin jauh dari aku, sentiasa bahagia dan murah rezeki. Aku tak kecik hati kalau kawan2 aku sendiri tak ingat aku. As long as aku ingat korang dan selagi jantung ni berdegup, korang tetap kawan2 aku dunia akhirat. Insyallah...

AKU SAYANG KORANG SEMUA, WALAUPUN KORANG TAK SAYANG AKU...

MAAFKAN AKU KALAU AKU ADA BUAT SALAH, DAN KETAHUILAH, AKU DAH MAAFKAN KORANG KALAU KORANG ADA SALAH DENGAN AKU.


Sampai sini dulu...

Jalga...

Salam...

사랑해요,
~김치 아가씨~

Tuesday, December 20, 2011

bUaT kALi Ni~

Annyeong haseyo...

Malam sume... Aku tau da malam, tapi jari ni degil gak nak ketuk2 keyboard ni... Hahahaha... Esok takde kelas, relaks la sikit. Padahal, sepatutnya malam ni aku da start buat slide untuk Consumer Science punye presentation. Cik Ct bile nak berubah ni?

Takpe la, esok kalau aku bangun awal, aku start buat awal. Kalau aku bangun lambat, lambat la aku start. Hehehe... Jangan bagitau Mem Bosa tau, nanti dia marah. Hahaha...

Tadi group leader aku datang bilik, sebenarnya kitorang nak buat slide tu, tapi dok leka2 depan laptop, aku bukak la video time kami blaja kat poli dulu. Aku tunjuk dia video time group Fairuz buat time kelas Prinsip dan Amalan Insuran. Gelak habis group leader aku tu. Hahahaha...

Lepas group leader aku tu balik, aku sambung tengok video2 lama, masa aku masih belajar kat poli. Rasa macam rindu giler moments macam tu. Rindu waktu duduk rumah sewa. Macam2 la yang aku rindu...

Aku tengok video time birthday Haida and Fiza, rindu gile saat tu... Then teringat masa buat birthday prank kat Diyana pulak. Macam2 dulu.

Buat Nurhaida binti Osman, Nor Diyana binti Rozali, Nora Fizah binti Mishan, Nursuhaila binti Alias, Robiatul Addawiah binti Mohd Tahir, aku rindu korang. Seriously, aku rindu korang sangat2. Takpe kalau korang tak rindu aku, aku cume nak korang tau yang aku rindu kat korang sangat2.

Buat Khairunnisa, Fatin Nadira, Safura, Syarifah, Aishah, Masitah, Siti Nazrin.... Ye, aku rindu korang jugak. rindu jugak sangat2. Pada yang tak tersebut nama tu, bukan bermaksud aku tak rindu korang, cuma nama yang tersebut di atas ni la yang selalu dengan aku. Walaupun macam2 kita lalui, tapi dengan korang aku belajar erti persahabatan. Sekali lagi, aku tak kisah kalau korang tak rindu aku. Masing2 ada komitmen sendiri kan, aku sendiri pun busy. Tak sempat nak bertanya khabar kat korang semua.

Apa pun, aku doakan korang sentiasa berada di bawah payung rahmatNya. Semoga korang sihat selalu, dan yang paling penting, korang berjaya dalam hidup korang.

Sampai sini dulu...




Jalga...

Salam...

사랑해요,
~김치 아가씨~

Saturday, December 17, 2011

UnTuNg LaAaaaa~

Annyeong haseyo.....

Hai sume, korang da makan? Lauk ape malam ni? Aku pagi tadi tak makan ape, makan tengahari aku adalah roti john Pacik Tomyam malam semalam, then makan malam aku adalah Nasi Goreng Pattaya fevret aku. Sebelum gi Putra, sempat lagi singgah SCAR kat Kolej Kedua. Tengok pertandingan ala2 Battle of the Band, then round2 situ tengok tudung sume. Sempat gak aku sambar sehelai selendang berharga RM10, itu pun atas belas ehsan Wahida yang sudi meminjamkan aku wang berjumlah RM10 tersebut. Huhuhu... Sedih gile. Nak beli tudung pun pinjam duit orang. Dah la hutang hari tu tak bayar lagi, tambah lagi la nampaknya.... Thanx Wahida.... (",)v

Nampak tajuk kat atas tu tak? Korang rasa korang beruntung ke tak? Pada aku, ada kala aku rasa akulah manusia paling beruntung dalam dunia ni, tapi ada kala aku rasa akulah manusia paling malang dalam dunia ni. Biasalah lumrah manusia, jarang bersyukur dengan apa yang dia ada.

Pada aku untung lah bagi sesiapa yang ada duit banyak. Tak payah susah payah nak fikir, mana nak cari duit bila korang nak bayar sesuatu yang penting. Tak payah nak fikir, mana nak cari duit bila korang nak beli sesuatu yang penting.

Dan yang paling penting, korang tak payah nak susahkan kawan2 korang untuk bagi korang pinjam duit time korang takde duit. Terasa tebal muka bila asyik nak mintak tolong orang pinjamkan duit ni. Kecuali kalau seseorang tu memang dah takde perasaan malu dalam diri dia.

Ahh, macam2 ragam dunia. Kadang2 aku rasa macam dah tak larat nak tengok.

Ok la. Sampai sini dulu... Aku da penat, aku nak relax jap sambil dengar lagu SHINee sambil minum susu Dutch Lady perisa Strawberry... Huhuhu.. Pink gitu.

Perisa Strawberry, I Like It... Hehehe...
Jalga...

Salam...

사랑해요,
~김치 아가씨~

Friday, December 16, 2011

kU rInDu T.T

Annyeong haseyo....

Salam sume... Ape kabor? Huhuhu... Aku banyak keje nak buat ni... Tapi aku tak tau kenapa, tetibe je hati aku tergerak nak bukak FB then cari FB murid2 yang pernah aku ajar dulu... Tibe2 je ada rase rindu pada diorang... Hmm, entah kenapa...

Diorang selalu gak anta mesej kat FB aku, tapi jarang yang aku reply... Sebab biasanya diorang mesej aku time aku tengah serabut dengan assignment, so masa aku untuk reply mesej2 diorang tu sangat lah terbatas... Kadang2 kesian gak sebab diorang beriya2 nak mesej aku, aku pulak tak ada masa untuk diorang...

Untuk murid2 kesayangan cikgu sume, cikgu mintak maaf sebab tak dapat nak luangkan masa untuk kamu sume... Cikgu betul2 sibuk sejak cikgu sambung belajar ni... Cikgu harap kamu faham... Jangan risau, cikgu tak pernah lupa kamu semua... Kamu semua tetap dalam hati cikgu sampai bila2... Yang paling penting, cikgu sayang kamu semua....



Sampai sini dulu...

Jalga...

Salam...

사랑해요,
~김치 아가씨~