Pages

Tuesday, January 25, 2011

SS501 & SHINee

Sejak aku duduk sebilik dengan orang yang gila dengan cerita dan lagu-lagu Korea ni, entah macam mana aku pulak yang jadi gila macam dia. Walaupun kami tak lagi duduk sebilik, tapi mungkin sebab aku selalu sangat benci dan kutuk dia kot. Mak aku pernah kata, dan kalau bukan mak aku sekalipun, aku rasa ramai yang bersependapat dengan mak aku, "Kalau kita benci-benci seseorang, nanti lama-lama kita akan sayang dia. Kalau kita selalu sangat kutuk-kutuk orang, nanti lama-lama kita pun akan buat macam mana orang tu buat."

Dalam kes aku, aku takde la sampai jadi sayang-sayang atau rindu-rindu kat 'roommate kesayangan' aku tu. Cuma aku dah terikut-ikut kegilaan dia. GILA KOREA. Bak kata dalam news KOREAN WAVE. Tak kisah la lagu ke, cerita ke, artis ke, even pasal negara Korea tu sendiri pun, memang aku gila. Sampai aku dah tanamkan impian yang aku nak melancong ke Korea satu hari nanti. Kalau ada rezeki la. Hahaha...

Tapi berbalik pada tajuk utama kita pada hari ni, setelah sekian lama aku jadi gila Korea ni kan, baru beberapa hari lepas aku dapat tahu yang salah satu band dari Korea yang aku minat gila ni (SS501), dah tak bersama. Patutlah aku dah tak pernah tengok lagi berita terbaru tentang mereka berlima. Kim Hyungjun, Kim Hyunjoong, Kim Kyujong, Park Jungmin, dan Heo Youngsaeng. Kalau ada pun individual. Dari apa yang aku dengar dan baca, katanya mereka masing-masing dah sign contract dengan agensi yang berbeza. Sedihnya...
SS501 yang dulunya berlima, sekarang.....
Masing-masing bawa haluan sendiri...

Berita ntu membuatkan aku teringat pada salah satu lagu mereka yang memang aku minat (FOREVER). Lagu tu memang mempunyai maksud yang mendalam. Kalau kita hayati lirik lagu tu betul-betul, memang meleleh la airmata. Lebih-lebih lagi bila kita mengingati simbolikny maksud yang tersirat disebalik nama band mereka. SS501 - Superstar Singer, 5 members united as 1, Forever. Sedihnya....

Tapi menurut dua orang daripada ahli kumpulan tu (Kim Kyujong & Heo Youngsaeng), mereka bukan berpecah. mereka hanya membawa haluan masing-masing untuk sementara waktu. Mereka akan kembali menjadi satu kumpulan semula. Cuma mereka perlukan masa. Entahlah, tapi memang itu yang aku harapkan. Aku rasa bukan aku je, malah semua peminat mereka (Triple S) mengharapkan perkara yang sama.

Satu lagi band Korea yang sangat aku minat dan gila iaitu SHINee. Minat gila. Sebenarnya banyak lagi yang aku minat, tapi dua ni la yang teratas. Awal bulan ni aku ada tengok Music Bank kat KBSW (channel 391 Astro), dan yang aku paling suka ialah SHINee ada skali nyanyi lagu Lucifer. Tapi aku pelik la sebab Junghyun menyanyi atas box dan tak menari dengan yang lain, menari ala kadar je. Aku syak mungkin dia injured time dia menari la kan. Tapi bila aku search, rupanya dia injured time tiba kat Jakarta, kena tolak dengan fans. apalah fans diorang ni. Kalau ya pun, jangan la sampai cederakan orang lain. Junghyun sampai tak boleh berjalan dan siap kena wat surgery kot. Bengong betul.


Jonghyun kena dukung dengan manager die sebab tak boleh jalan...

Bukan Jonghyun sorang rupanya yang injured, sebab Key kena cakar kat bahagian dada. Onew pulak kena tarik rambut. Nasib baik Minho dengan Taemin tak apa-apa. Kalau sampai lima-lima injured, memang something wrong la dengan fans kat Indonesia ni an...
SHINee

0 komen budak comel: