Pages

Saturday, March 5, 2011

hari2 terakhir

antara sedar dengan tidak, tinggal lagi 5 hari je aku akan mengajar kat skola tu. entah kenapa, tetibe je ase sayu, syahdu, tragis. huahaha... merapu tetibe. bukan pe. bile tau yang aku da tak lama kat situ, ase cam da malas nak marah2 bebudak ni. kalau boleh aku nak pergi dengan 1001 kenangan manis. walaupun kejadian trauma tu agak meninggalkan kesan yang mendalam ( korang boleh baca kat entry yang sebelum ni ), tapi bila aku pikir bebanyak kali, sebenarnya perkara tu jadi kelakar yang amat. bak kata cikgu yang duduk sebelah aku kat bilik guru ( kak wan rosmarini ismail ), 10 tahun akan datang kalau kite ingat balik, confirm akan gelak sakan. yang selalu aku pikirkan, walau ape pun yang bebudak ni buat kat aku sebagai cikgu diorang, diorang tetap murid2 pertama aku yang bagi aku banyak pengalaman dalam bidang perguruan ni.

dan yang sebenarnya, bila dah dekat nak tamat perkhidmatan ni (mcm org nk pencen lak ), tetibe de sorang murid aku ni menunjukkan perubahan yang membuatkan aku rase suke sangat2... ye la, mana taknye. sebelum ni, dari hari pertama aku ngajar sampai la ke minggu lepas, dia tak pernah bawak buku dan tak pernah buat kerja yang aku bagi. tetibe minggu lepas time aku tengah duk menanda buku kat bilik guru, dia datang bawak buku nota yang aku suh hantar. dan yang paling memeranjatkan aku ialah, kerja dia komplit dalam buku tu. padahal sebelum ni tak pernah buat kerja dan tak pernah bawak buku. bangga la jugak kan bila dia tunjukkan perubahan ke arah kebaikan. aku tak kisah kalau dia salin kerja kawan dia sekali pun. yang penting dia buat.

sedikit kata2 perangsang. semoga lepas ni dia akan buat yang lebih baik.

so to Julita Aishah, cikgu harap lepas ni kamu akan belajar lebih bersungguh2.. jangan asyik nak bercakap je dalam kelas.. ( cewah... macam la budak tu baca blog aku.. ingat ni blog zack zuhairi ke? hahaha )...

ok lah... aku nak chaw chin chee... hahaha. badan ase nak demam ni... tp air batu aku lantak gak... hahahaha...

salam...


p/s : hidup ni umpama gula-gula...
kadang-kadang masam, manis, dan kadang-kadang masin...

0 komen budak comel: