Assalamualaikum....
Annyeong hase yo............
Lama betul aku tak update kan. Sorry ye. Maklum la, orang
'penting' macam aku memang selalu busy. Wakaka... Tak de la, aku sem ni memang
macam orang gila sikit. Aku sendiri tak pasti ape yang buat aku busy. Hahaha.
Ok, tanpa membuang masa, jom kita tengok apa cerita ada kali ni.
Misteri Kampung Pisang? Adakah ia berkaitan dengan cerita Zombi Kampung Pisang?
Atau cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah? Atau mungkin cerita terbaru Husin,
Mon, dan Jin Pakai Toncit? Hahaha, sume tak betul, sebab kejadian ni berlaku di
sebuah kampung, di satu negeri di selatan tanah air. Iaitu kampung aku sendiri.
Aku ingatkan korang, ini kisah benar, bukan rekaan semata-mata.
Aku baru je balik dari Kolumpor, sebab abang aku buat kenduri. So
sebagai seorang adik yang baik, aku pun membantu la mana yang patut (bangga
betul walaupun tak aku lebih banyak mengular). Ok, sambung cerita. Mak ajak aku
tengok nyaie, maklum lah, sejak akhir-akhir ni nyaie memang da selalu sangat
tak sihat. Baru duduk sekejap, mak dapat call dari abah mengatakan ada seorang
jiran kampung kami meninggal dunia. Namanya aku rahsiakan. Hehehe. Mak pulak
bila dah abah kata macam tu, mak terus cadang nak balik. Tapi kami batalkan
niat kami sebab Pak Uteh paru je sampai.
Lepas tu, tengah kami berborak-borak dengan Pak Uteh, sekali lagi
abah call mak. Abah kata macik tu dah meninggal empat hari yang lepas dalam
bilik air. Mak pun apa lagi. Terkejut gila la kan. Tapi terkejut tu je yang
gila ok. Hehe. Ok, potong betul la. Baru nak suspen-suspen kan. Sambung.
Kami terus balik, singgah di tempat kejadian. tengok orang dah
ramai dan ada trak polis. Baru kami teringat, masa kami dalam perjalanan nak ke
rumah nyaie tadi, memang ada polis masuk ke laman rumah macik tu. Mak dah cakap
dah, "Kalau nampak polis macam ni mak mula la rasa tak sedap hati. Mesti
ada berita tak baik ni." Aku pulak nak sedapkan hati mak, aku kata la
polis tu saje je kot buat rondaan.
Kami terus masuk mengikut beberapa orang lagi jiran ke dalam rumah
macik tu. Ramai yang duduk dekat dengan pintu masuk, termasuk seorang anak
perempuan macik tu yang baru je beberapa hari melahirkan anak. Masa masuk tu
aku tak bau apa-apa pun. Biasa je. Mak pulak tengok ada kawan dia berdiri dekat
dengan pintu dapur, mak pun terus je pergi dekat dengan kawan mak tu. Aku pulak
ikut je mak tanpa fikir apa-apa. Makin dekat aku dengan pintu dapur tu, makin
kuat bau yang semacam je. Lain, tak macam bau bangkai kucing atau bau sampah
yang macam selalu aku bau. Lain sangat-sangat.
Aku nampak beberapa orang yang ada dekat dengan bilik air tu ada
yang menutup mulut dan hidung. Rupanya mayat macik tu ada dalam bilik air. Aku
macam tak percaya yang kejadian tu jadi dalam kampung aku sendiri. Nak-nak
pulak pada macik tu, yang satu kampung tau macik ni sangat baik orangnya. Mak
nak pergi tengok lebih dekat tapi pihak polis tak benarkan sebab mayatnya dah
mula reput. Sebab tu berbau. Anak-anak pun tak dibenarkan membantu sebab dah
jadi kes polis. Jadi kami semua termasuk anak-anak macik tu Cuma boleh jadi
pemerhati je.
Aku mula rasa
pening dan loya dengan bau tu, jadi aku duduk dekat dengan anak perempuan macik
tu. Bukan aku tak nak tutup hidung, tapi aku tak sampai hati sebab waris macik
tu ada kat situ. Dan aku terfikir, kalau bau sampah yang busuk tu aku boleh
tahan untuk hormat pada orang yang angkat dan naik lori sampah, kenapa aku tak
boleh tahan bau ni untuk hormat pada si waris? Bukan aku nak bangga diri, tapi
selagi aku boleh tahan, aku akan cuba tahan.
Tak lama lepas
aku duduk, seorang anggota polis bertanyakan tali kepada anak-anak macik tu
untuk ikat plastik hitam yang diorang letak mayat tu. Lepas tu, dua orang polis
usung stretcher dan bawak mayat tu keluar ikut pintu belakang dan terus masuk
ke dalam trak polis. Anak perempuan macik tu ternampak masa polis usung mayat
mak dia, terus dia tutup mata sambil istighfar banyak-banyak dalam tangis. Ye la,
aku faham perasaan dia. Dia baru je tengok mak dia seminggu lepas, tau-tau je
dapat berita mak dia pergi dalam keadaan macam tu. Kalau aku di tempat dia pun
aku sedih yang amat.
Lepas polis
bawa mayat tu, beberapa orang kampong bertanya pada anak perempuan macik tu,
apa sebenarnya yang jadi? Begini ceritanya.......
“Seminggu
lepas masa baru lepas bersalin saya balik sini. Saya ada cadang kat mak untuk
betulkan rumah yang belakang ni. Sebab da mula retak sana-sini. Mak setuju, dan
mak suruh saya keluarkan duit dari bank untuk tujuan betulkan rumah. Hari khamis
lepas, suami saya bawa kawan dia datang sini untuk tengok-tengok yang mana yang
patut dibetulkan. Lepas tu hari tu jugak dia balik. Tu je yang saya tahu. Abang
Ngah kata, hari Ahad dia ada datang sini. Rumah berkunci dan mak tak jawab
salam walaupun basikal mak ada kat luar tu. Jadi Abang Ngah fikir, mungkin mak
pergi surau tumpang jiran sebelah macam selalu agaknya.”
Ni pulak
cerita jiran sebelah rumah......
“Aku tak ada
dekat rumah dari pagi Sabtu, jadi aku tak pergi surau. Hari Ahad aku balik tapi
aku ingatkan arwah ikut anak-anak dia.”
Apa yang
membawa kepada penemuan macik tu?
“Pagi tadi
(Selasa) Abang Long datang nak bagi mak lauk. Bagi salam banyak kali tapi mak
tak jawab. Telefon pun mak tak jawab. Abang Long terpandang pintu yang bukan
berkunci dari luar, tapi dari dalam. Bermakna mak ada kat dalam. Cuba panggil
lagi tapi mak tetap tak jawab. Jadi Abang Long buat keputusan untuk masuk dari
tingkap dapur (tingkap kayu). Bukak je tingkap, tengok lampu terpasang. Abang Long
cuba panggil lagi mak tetap tak jawab. Abang long cari satu rumah tak ada. Tergerak
untuk cari mak kat dapur, sampai kat depan pintu dapur ada bau yang kurang
menyenangkan. Dia ikut je bau tu sampai ke bilik air. Kat situ la Abang Long
jumpa mak terbaring dalam keadaan yang dah mula reput.”
Apa yang
membuatkan kami percaya macik tu dah meninggal empat hari lepas?
Sebab baju
yang dipakai masa mayatnya dijumpai, adalah baju yang sama yang dipakai pada
petang Sabtu masa dia cabut rumput kat depan rumah.
Mungkin ini
yang terjadi. Ini kemungkinan. Aku pun tak tahu hal sebenar. Bukan aku je, tapi
tak ada siapa yang tau.
Lepas macik tu
cabut rumput kat laman rumah dia, dia masuk dalam untuk cuci tangan dan mandi. Lepas
dia kunci pintu, dia hidupkan lampu dan terus ke bilik air. Tapi dia
tergelincir. Dan mungkin terhatuk yang menyebabkan dia tak sedarkan diri. Kalau
ada yang membantu saat tu, mungkin macik tu masih boleh diselamatkan.
Tapi ye la,
kuasa Allah siapa yang boleh lawan. Anak-anak pun tak tergerak hati nak call
mak diorang dalam masa empat hari tu. Masa anak dia datang hari Ahad tu pun,
tak terfikir yang pintu berkunci dari dalam dan bukan dari luar. Anak-anak
fikir dia pergi belajar agama dengan jiran. Jiran pulak fikir dia ikut
anak-anak dia.
Jadi sebagai
satu pedoman dan pengajaran, jaga mak dan ayah kita walaupun kita dah berkahwin
dan dah ada keluarga sendiri. Sakit pening dia kita kena jaga. Jangan dibiarkan
mak atau ayah kita tinggal sendiri bila salah seorang dari mereka sudah tiada. Kalau
apa-apa terjadi, nanti kita jugak yang menyesal.
Sayangi ibu
bapa anda macam mana mereka kasihkan anda dari anda kecil hingga anda dewasa. Apalah
sangat nak jaga mak ayah kita tu kalau nak dibandingkan dengan jasa mereka
menjaga kita dan adik beradik kita dulu.
Jadikan ini
sebagai pengajaran.
Sampai sini
dulu. Jalga. Annyeong.....
Salam...
0 komen budak comel:
Post a Comment